Saturday, January 17, 2015

U-TURN KE JALAN ALLAH (EPISOD 1)

"Assalamualaikum . Maaf cikgu , saya lambat" , kata Amira yan terlambat ke program STUDY SMART untuk pelajar PMR dan SPM pada petang itu . Cikgu Salmah hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan . Amira mengambil tempat duduk berhampiran dengan sahabat baiknya .
Paan yang dari tadi hanya tertunduk cuba meyakinkan kalbunya bahawa dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Amira . Lama sudah dia memendam rasa . Dia sedar siapalah dia dibandingkan dengan Amira , seorang gadis yang cantik , bijak dan beragama . 
Sepanjang mengenali Amira , jarang-jarang sekali dia melihat Amira berbual dengan lelaki lain , pakaiannya juga sentiasa menutup aurat , perilakunya lemah-lembut , senyumannya manis . Itulah yang menarik hati Paan , sedangkan Paan hanya seorang pelajar yang rendah akhlaknya , dia sendiri mengakui hal itu . Biarpun menuntut di sekolah agama , tetapi solatnya entah ke mana dan waktu-waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah .
Suatu petang , Paan duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan , dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan . Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam . Paan menghampiri pintu pagar . Hampir terkeluar biji matanya melihat Amira sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya .
"Ganggu ke ? Maaflah .. ni mak saya suruh hantar kepada mak awak . Eddy pulang ke kampung ."Paan hanya membalas dengan ucapan terima kasih (malulah kononnya).Mereka berbalas salam dan Amira berlalu pagi .
'Eddy...apakah kaitan Amira dan Eddy ?' Semalaman Paan memikirkan perkara tersebut . Eddy adalah rakan baiknya di kelas tambahan . Tetapi tidak pernah pula Eddy menyebut tentang Amira . Dia akhirnya terlena . Dalam lenanya Amira bertandan lagi , cukup indah sekali baginya .
Keesokan paginya dia bangkit , bangkit dengan satu azam ! Ya. Dia telah bertekad . Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Amira . Dia mahu memiliki Amira . Tidak mahu terlambat , Amira tidak boleh dibiarkan jatuh ke tangan orang lain . Setelah mendapatkan nombor Amira dari INFORMERnya .. Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Amira .
Seketika kemudian telefonnya berbunyi . Menandakan ada mesej yang diterima . Alangkah gembiranya dia apabila salam perkenalannya disambut mesra . Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari .

Bagi Amira tiada salahnya hanya berkawan . Tidak pula dia sedari maksud sebenar Paan . Amira juga mengagumi raut wajah tampan Paan , tetapi perasaan itu disembunyikan daripada sesiapapun . Amira yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Paan . Tiga hari selepas perkenalan mereka , Paan berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Amira .

"Saya nak tanya awak satu soalan boleh ?"
"Apa dia ?"Amira membalas ringkas .
"Kalau saya nak couple dengan awak , awak nak tak ?",terasa hampir gugur jantung Amira tatkala membaca mesej Paan .

Tidak disangka sejauh itu niat Paan . Dia buntu memikirkan jawapannya . Memang sepatutnya dia menjawab "TIDAK" dengan tanpa ragu-ragu . Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya HARAM .
Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata "YA".
Paan juga sudah berjanji untuk berubah jika Amira menerimanya . Amira meminta tempoh selama tiga hari daripada Paan untuk memberikan jawapan . Paan pula hanya bersetuju . Namun sebenarnya Paan hairan kerana sebelum ini , gadis-gadis yang 'DILAMARNYA' pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang . 
Tempoh tiga hari yang dipinta Amira sudah berakhir . Paan menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu . Sementara Amira pula sudah bersedia dengan jawapannya . Paan menanti penuh debaran . Telefon bimbinya berbunyi . Terketar-ketar tangan Paan membuka mesej . 

"Maaf , saya tak boleh . Saya tak tahu kenapa tetapi saya rasa takut ."
Sebaris ayat yang membuatkan Paan terkebil-kebil seketika . Spontan jarinya menaip mesej 
"Tapi kenapa ?"
Dengan lagak tenang Amira menyusun aksaranya ,
"Maafkan saya . Sebenarnya saya baru sedar . Ikhtilat kita selama ini ternyata hukumnya haram . Walaupun tiada secebis rasa yang membangkitkan ikatan nafsu . Ia hanya mendapat kemurkaan dari Allah ."

"Kuno betul ...macam orang dulu-dulu je . Kau ingat kau cantik sangat .. Kau pikir kau bagus ??Sombong .. memilih pulak . Jadi anak dara tua baru tahu ! ."Bentak Paan dalam mesejnya .

**************
~BERSAMBUNG~

No comments:

Post a Comment