Sunday, January 18, 2015

" FANS RETIS "



ASSALAMUALAIKUM



Baru-baru ni kemain heboh ya kes kpopers yg di peluk oleh artis korea tu kan ? 

Sebagai seorang serikandi islam semestinya saya rasa malu dengan apa yang telah berlaku.  Rasa menangis pun ada bila tengok video tu.  Kes ni seolah-oleh memberi tamparan yang hebat kepada semua warga Malaysia terutama yang beragama islam . 

Banyak benda yang saya nak cakap bila dah jadi hal yang sebegini dassyyyatnya. “Eh ! mana ada teruk  sangat kes ni. dasyat apanya. biasalah tu orang peluk-peluk. Orang lain pun buat jugak. Benda dah biasa kott .” saya yakin mesti ada sebilangan daripada kita yang rasa macam tu. Benda ni dah biasa. Tapi sedarlah wahai manusia.. Apabila akhir zaman, dosa yang dilakukan sudah dianggap kebiasaan oleh manusia tetapi apabila orang melakukan kebaikan, orang itu akan dianggap pelik. Bila kita dah mula rasa dosa yang dilakukan itu perkara lumrah untuk manusia, maksudnya syaitan dah mula mengambil alih hati kita. Astaghfirullah….. 

Yang pertama, wahai kpoper ,jpopers,  belibers, derectioners, hindustaners, indonesianers, Melayerss ( paham-paham sendirilah yer)

Saya faham, setiap orang ada minat masing. Ada orang minat hiburan omputeh, jepun, endon, hindustanhee, atau hiburan melayu sendiri. Tak kisah lah lagu ke, drama ke, filem ke, ataupun program reality. Ya, saya faham tu sebab saya pun pernah juga minat hiburan luar negara ni,  dalam Negara pun ada ekceli. Ada sesetengah pihak yang kata kpop dan beberapa hiburan ni haram. Tapi saya tak berani nak bermain hukum nak kata benda tu haram. Saya terima juga hujah mereka yang kata haram sebab ada betulnya juga.  Tapi saya tak nak nak melulu cakap yang saya setuju benda tu haram. Saya pun masih belajar tentang hukum hakam ni. Eh,, saya bukan kpoper tau. Tak kenal pun artis kpop tu :3

Sebagai manusia normal , mesti setiap orang ada hujah kenapa dia minat semua benda alah tu. To be honest ya, saya suka tengok drama adaptasi novel sebab saya suka baca novel-novel cinta, saya suka dengar lagu endon dan lagu jiwang karat, saya suka tengok program reality jepun dan filem omputeh.. tapi itu semua suatu ketika dahulu. Saya mula tinggalkan semua tu bila saya sedar hakikat yang benda ni semua menjauhkan saya dari kecintaan saya kepada Allah dan kerinduan saya kepada Rasulullah. Saya mula sedar saya terlalu asyik dalam hiburan yang tiada kesudahannya. 

Saya nak tanya, ada ke bila tengok drama korea, adaptasi novel, senetron dan yang lain-lain tu mendekatkan kita pada Allah? Ada bila kita tengah seronok tengok tv atau laptop tu kita teringat  tentang ketakwaan kita pada Allah. Mungkin dalam drama melayu ada seen dimana si pelakon ni solat atau berdoa. Mungkin kita terusik, tapi yang pastinya hanya beberapa detik.  Lepas tengok seen seterusnya, dah lupa Allah balik. 

Minat lagu korea, omputeh, endon ada ke yang mengingatkan kita pada baginda Rasulullah? Dari hati saya jawab, tidak sama sekali.  Saya ni dulu memang penggemar lagu seberang.. aicyehh.. biasalah, feeling kot lagu diorang.. tapi hakikat yang sebenar saya semakin hanyut. Hanyut dalam buaian lagu cinta. Cinta mati kononnya. Masa tu pulak ada crush. Jadi dalam menghayati bait lagu, kita pun terbayanglah si dia. Mungkin sudah berlaku zina hati disitu L  teringat kata-kata kawan saya “bila kita gembira, kita akan menyanyi lagu. Bila kita sedih, kita akan menghayati lagu.” Masa dulu lagu jiwang banyak dalam otak saya.. haha. Buat nyanyi dalam tandas asrama gituhh.. kengkawan saya ada je yang hapal lagu korea. Hebatkan? Bahasa arab entah kemana kami semua ni. haisyhh…

Teringat seorang penceramah yang pernah datang sekolah masa saya form five dulu. Katanya : bila banyak sangat lagu yang kita hafal, itu yang menggelapkan hati kita jadi susah nak terima pelajaran. Wahh, masa tu sentap hati ni tapi tak juga berubah.  Itulah dia, hidayah milik Allah. Lama lepas tu baru saya sedar semua tu ada betulnya juga. Alhamdulillah.. akhirnya saya padam beratus lagu dalam handphone saya ni. bila difikirkan balik , rasa macam dah lama sangat tergoda dengan asyiknya lagu tu semua. Astaghfirullah ..

Nak tahu tak? Bila kita kat akhirat nanti kita akan bersama dengan orang yang kita sayang. Saya pasti semua nak bersama dengan Baginda Rasulullah S.A.W.  Sekarang cuba fikir, apakah keinginan kita untuk berjumpa dengan baginda Rasulullah lebih atau keinginan berjumpa dengan retis yang kita minat tu yang lebih? Berapa banyak riwayat hidup baginda yang masih kita ingat dan berapa banyak pula kisah hidup para retis yang kita ingat. Kes kawin cerai retis yang lebih kita tahu atau nama-nama isteri Rasulullah yang lebih kita tahu? Adakah kita lebih suka berselawat atau menyanyi bila-bila masa terluang atau sambil-sambil buat kerja? Banyakkan benda nak kena fikir? Gunalah hati yang paling dalam untuk muhasabah diri kita yang lemah ini.

Isu kpopers yang dipeluk sang jejaka plastic (hehe, kpopers  jangan marah ye ) , benda tu memang heboh sangat sangat sangat . riuh sekampung kot :3 

Bagi saya, mereka sudah tentulah salah. Dari minat biasa-biasa bertukar menjadi taksub. Ini yang kita bimbangkan, bukan retis korea je ya. Retis lain pun sama juga. Haram tetap haram. Tak kisahlah retis tu islam atau tidak. Kalau dah lain jantina dan ajnabi tu 200% memang haram ya sayangku semua untuk bersentuhan.  Memang saya pun rasa marah dan geram dengan sang gadis ini. Mereka sepatutnya menjaga nama baik islam. Apapun benda dah pun berlaku, semoga mereka diberikan hidayah oleh Allah. Bukan mereka sahaja, kita semua. Kita juga manusia pendosa .

Kita kena mendalami islam lebih lagi kerana ilmu Allah itu luas. 

Tapi dalam geramkan isu perempuan dipeluk atau memeluk retis kpop tu, saya geram juga dengan satu golongan manusia ni. nak tau siapa ? si pengkritik . kritikan ni ada dua jenis, membina dan menjatuhkan. Saya tak kisah pun yang meluahkan rasa kesal dan nasihat yang elok tu. Yang amatlah menggeramkan saya adalah orang yang mencarut berkaitan isu tu. Dia nak cakap yang si gadis ni dah mencemarkan nama baik islam dan menjatuhkan maruah diri, bertubi-tubi carutan dikeluarkan. Tanpa dia sedar, dia pun menjatuhkan nama baik islam dan diri sendiri, islam tak ajar pun kita mencarut teruk macam tu sekali. 

Memang ‘bodoh’’bangang’ itu sifat. Yeah, saya terima yang nak menyatakan tindakan peluk kpop itu bodoh.  Tapi saya tak terima yang memang dia mencarut kemain seronok. Bahasa dia pun menjatuhkan nama baik islam. Ingatlah islam ajar kita supaya berkata-kata yang baik, kalau tidak diam. So, lebih baik diam daripada marah-marah mencarut semua tu. 

Lagi kejam yang menyifatkan semua perempuan melayu islam tiada maruah. Eh, sedar tak yang buat tu beberapa orang sahaja. So apa kaitan dengan yang lain? lain kali sebelum nak  cakap tu fikirlah dulu. Gadis melayu dalam Malaysia ni ramai lagi tau. Dan ramai lagi yang masih menjaga adab. So , janganlah nak judge sumua sama, kesian sang gadis melayu yang lain. terasa hati -.-

Yang lagi kejam daripada itu, yang kata kpopers itu ahli nerakalah , ada yang suruh pergi matilah, ada yang laknat merekalah. Allahurabbi, kesihanilah mereka.  Kita bukan sesiapa untuk menilai manusia. Jangan-jangan mereka lebih hebat disisi Allah daripada kita semua. Mana tahu mereka bertaubat  dan kita terus menjadi pengkritik yang menyakitkan hati orang lain. kasihanilah juga diri kita. Mungkin iman kita juga semakin tenat sebab tu suka sangat menilai manusia lain. kita pun kena bertaubat juga.

 Apa yang saya nak sampaikan adalah, janganlah mengkritik sampai teruk sangat sebab kita pun tak tahu siapa kita dan siapa mereka disisi Allah.  Fikirkanlah balik apa yang kita kritik. Apakah ianya kritikan membina ataupun lebih kepada hinaan, cacian, ataupun carutan? Nak mengkritik pun ada adab juga ya. Ini sibuk nak cakap orang yang peluk retis korea tak de adab tapi dia mengkritik pun tak de  adab. Islam adalah agama yang penuh dengan adab. Ingat tu ! huhu

Eh, saya bukan nak menangkan sesiapa ya. Ni ha, pesanan kepada fan retis korea , sesungguhnya Allah melaknat orang yang mengubah ciptaan, sah-sah la retis korea tu kebanyakkannya buat benda tu. Kenapa lagi kita nak suka kepada orang yang Allah laknat? Sendiri mau fikir maa.  Lagi satu, orang kafir memang kekal didalam neraka selama-lamanya. Dah tu buat apa kita nak minat orang yang tak akan tolong kita masuk syurga nanti. Rindu dan sayangilah Rasululullah , kerana baginda boleh beri kita syafaat diakhirat kelak. Rajinlah baca quran daripada menyanyi lagu-lagu yang melaghakan ni. Al-quran pun boleh bagi kita syafaat diakhirat kelak.

Apakah ini maksudnya kita boleh nak minat retis yang islam? Tengoklah, apa manfaat kepada kita kalau minat mereka? Kalau setakat retis yang buat lakonan yang haram disisi agama macam pegang-pegang  semua tu. Saya rasa tak perlu kot. Tak ada manfaat pun. Itulah ada orang cakap, bila retis korea peluk gadis melayu kita nak bising, tapi bila tengok drama melayu yang pegang-pengang peluk-peluk tu, kita relex jaa.. siap ada yang kata sweet pulak tu. Lihatlah menggunakan iman bukan nafsu semata-mata. Salah tetap salah.

Sekejap..  sebelum terlupa saya nak cakap ni ha. Yang minat kat ustaz-ustaz, para daie, imam muda, pencetus ummah, penyanyi nasyid. Anda juga adalah golongan yang perlu diingatkan sesuatu, iaitu minat ilmu dan bakat adalah berbeza sama sekali dengan  minat personality ya.. contohnya, ‘ehh,, hensemnyaaa pencetus ummah ***** . melting weh tengok dia senyum.’ Ha,, ini namanya minat personality. Sama je situasinya macam anda minat retis biasa sebab anda pandang pada rupa bukan bakat. So hati-hatilah ya.

 Sekian dulu entry kali ini ya. Semoga kita semua dirahmati Allah terima kasih.

 

Entry kali ini ditulis oleh :

Salina Amirul 

Terima kasih atas sokongan . Kami juga baru membuka akaun Instagram

Ig : amanatcinta

1 comment: