Sunday, January 18, 2015

HATIMU MILIKNYA

Qaid Zabir sudah bersiap untuk beriadah pada petang itu. Dibadannya tersarung t-shirt biru dan dipadankan dengan track suit berwarna biru tua. Sebelum turun kegelanggang takraw yang terletak dihadapan flat pelajar lelaki, dia memanggil kawan serumahnya, Firdaus untuk turun bersama.
Pintu bilik itu dikuak pelahan, niat hatinya nak buat kawannya itu terperanjat. Dilihat Firdaus sedang duduk di meja belajarnya sambil tangan menongkat dagu. Wajahnya suram, tidak ceria seperti selalu. Qaid Zabir membatalkan niatnya tadi, perlahan dia mendekati rakannya.
“pahal ni bro?” Qaid Zabir pantas menyapa. Bahu rakannya ditumbuk perlahan. 
Firdaus menggeleng. Pandang muka rakannya pun tidak. Dia meraup mukanya. Serabut!
“haih, putus cinta ke Cik Abang Romeo?” Qaid Zabir menduga lagi.
“Tak sempat bercinta pun. Cinta dah dirembat orang.” Jawapan Firdaus selamba. Sakit hatinya apabila mengenangkan gadis idamannya itu.
Qaid Zabir menarik kerusi yang terletak dimeja belajar satu lagi. Mungkin milik Izham, kawan serumah mereka juga. Dia duduk bersebelahan dengan Firdaus. 
“Huish… sebab perempuanlah ni ye? Siapa dia?” Qaid bertanya lagi.
Hakikatnya Firdaus malas nak bercerita. Buat sakit jiwa je. Err… tapi dia perlu semangat daripada sahabatnya itu. Rasa betul-betul down dirinya saat itu.
“Siapa lagi, dalam hidup aku ni sorang sahaja perempuan yang aku kejar tau. Kau pun tahukan, aku ni mana ada nak kenal-kenal dengan perempuan lain selain Zahra Amanda.” Jawab Firdaus.
Qaid Zabir cuba mengingat. Ya ya.. baru dia ingat yang rakannya seorang ini pernah bercerita tentang seorang gadis kepadanya. Zahra Amanda, gadis yang mengambil kos sains pemakanan sama dengan Firdaus. Gadis itu boleh dikira top jugalah. Terkenal dengan kecantikan dan kesolehahannya. Dia sebenarnya berpurdah, tapi apabila datang ke university dia tidak akan memakai purdah kerana memang menjadi peraturan tidak dibenarkan memakai purdah. Jadi dia hanya berpurdah diluar sahaja.
“Oh, apa dah jadi. Kau bukan kata yang kau minat macam-macamm tu je ke? So, pahal nak frust sangat ni. Lex laa..” hairan pula Qaid Zabir dengan rakannya ini.
“Itu dulu, masa awal-awal aku kenal dia. Masa tu aku malas nak dekati dia lagi. Masalahnya sekarang ni, dia tu dah bagi harapan kat aku. Actually, aku selalu whatsapp dengan dia. Cara dia seolah-oleh dia pun suka kat aku. So, nak dikatakan yang dia layan aku special jugalah. Tadi aku nampak dia jalan dengan member kuliah aku, si Wahdan tu. Dan aku baru tahu bila member aku cakap yang diorang tu dah couple. Kau tahu tak apa yang aku rasa, macam nak sepak je muka Wahdan tu. Gaya ala-ala ustaz, last sekali nak awek jugak. Dah lah potong line aku. Haihh.. nak meletup kepala otak aku ni. Tadi aku whatsapp si Zahra, nak mintak kepastian. Dengan tak ada perasaannya dia boleh kata ya yang dia dengan si Wahdan tu. Dia boleh kata yang dia anggap aku kawan je. Dia kata dia layan aku sama je macam dia layan kawan laki lain yang text dia. Dia cakap ramai je yang dia text macam tu. Aku ni bukan sesiapa pada ni. Sumpah, mendidih darah aku. Dah lah hantar voice note pula tu.” Luah Firdaus dalam emosi bercampur-baur. Marah, sedih, kecewa, hampa, sakit hati. Semua ada.
Qaid selaku pendengar hanya mengangguk, kini dia pahamlah masalah rakannya ini. Masalah biasa bagi remaja, belia, bahkan orang yang sudah berumur pun kadang-kadang menghadapi  masalah yang sama, MASALAH CINTA.
“bro, kau serius ke dengan dia?” Qaid Zabir bertanya lagi.
“Seriuslah. Aku dah rancang nak lamar dia. She is one in million.”
Jawapan Firdaus membuat Qaid Zabir ketawa. Entah apa yang lucu.
Pandangan sinis dihadiahkan kepada Qaid Zabir oleh Firdaus. “ha! Gelaklah lagi. Kelakarkan? Ada kawan pun tak guna.”  Firdaus melapaskan amarahnya.
Qaid Zabir menghabiskan sisa tawanya. “Alah.. ngajuk pula dia. Aku bukan gelakkan kau tapi aku gelakkan jawapan kau. apa yang membuatkan kau terfikir dia tu satu dalam sejuta?” 
“Kau fikir senang ke nak cari perempuan solehah yang bertudung labuh, berpurdah lagi yang sopan, manja, pandai, dan cantik. Perfect!” jawab Firdaus. Jawapan dari dasar hati.
“Habis kau tak lamar awal-awal kenapa? Cakap nak lamar.” Tanya Qaid Zabir lagi. Dah macam wartawan pula rasanya.
“Memang nak lamar. Tapi bukanlah sekarang, sekarang ni aku nak belajar dulu. Aku tengah dalam proses nak mengenali dia dulu. Rancangan aku nanti bila dah habis belajar baru aku nak buka langkah seterusnya. Tapi memandangkan dia dah ada si Wahdan tu, aku batalkan je lah niat aku tu. Aku tahu kalau diberi pilihan antara aku dan Wahdan, mesti dia pilih Wahdan. Sama cantik, sama padan semua sama.” Perlahan suara Firdaus. Kalau tidak difikirkan ego, dah lama dia menangis. 
“Bro, aku rasa memang dia tu bukannya one in million pun. Dia sama je macam perempuan lain yang kau boleh jumpa kat mana-mana. Bezanya pemakaian dia. Dia bertudung labuh, berpurdah menjadikan manusia memandang mulia, cop dia sebagai wanita solehah. Hakikatnya bukan mudah nak cari yang betul-betul solehah. Solehah ke dia kalau dia layan semua lelaki? Solehah ke dia kalau senang nak diajak kemana-mana oleh lelaki? Jalan berdua samapai boleh mendatangkan fitnah, bercinta pula tu.  Hatta kat tempat umum pun dia sepatutnya mana boleh nak berdua. Ayoo.. solehah ke kau rasa? Kau ni entah yang ke berapa yang letak harapan yang tinggi macam ni. Bro kau paham sendiri apa yang dia cakap. Dia layan kau sama macam laki lain. ‘sama’ . maksudnya, kalau kau rasa exlusive layanan dia, lelaki lain pun rasa benda yang sama. Perempuan yang pakai tudung labuh, berpurdah tak semestinya solehah, tapi perempuan yang solehah melabuhkan tudungnya. Paham molek deh..” Firdaus seakan baru tersedar. Kata-kata Qaid Zabir menusuk dalam pelusuk hatinya. 
“Tapi dia pilih lelaki yang baik juga. Wahdan tu kan antara kegilaan perempuan juga sebab dia tu orang boleh ketogori kan soleh juga. Mana tahu diorang tu Islamic couple.” Masih ada keraguan dalam hati Firdaus untuk betul-betul menghapus perasaannya kepada Zahra Amanda.
Qaid Zabir tersenyum mendengar persoalan itu. “kau pegang fakta ni baik-baik. Aku curi kata-kata dari twitter ni, lelaki yang pura-pura soleh, dapatlah perempuan yang pura-pura solehah sebab perempuan yang betul-betul solehah tu Allah jaga. Faham tak?” 
melihat Firdaus menggeleng, Qaid Zabir menyambung lagi. 
“Soleh ke dia kalau dia buat semua tu? Bercouple, berikhtilat .. aku bukan nak kata aku soleh, aku pun tak layak nak digelarkan soleh lagi.  Tapi aku nak kau faham yang orang yang soleh ni akan cuba jauhkan diri dia dari melakukan dosa. Kau tahukan yang couple ni dikatakan haram berdasrkan ayat wa la taqrabu zina dan janganlah kamu menghampiri zina. Kau bagi aku jaminan, ada ke orang couple yang tak ada langsung rasa sayang, rasa rindu, rasa nak jumpa, rasa nak perhatian, segala-gala rasa yang lain tu. Mana ada weh… and one more thing tak pernah pula aku tahu dalam islam ada Islamic couple. Ini hanya direka oleh manusia untuk menghalalkan hubungan yang haram.” Balas Qaid Zabir dengan penuh yakin dalam bicaranya.
“Jadi apa aku patut buat sekarang?” Firdaus menagih nasihat lagi oleh rakannya itu.
Sambil menepuk belakang Firdaus, Qaid Zabir menjawab. “Lupakan dan buang semua perasaan kau kat dia. Anggaplah Allah nak menunjuk jalan yang benar kat kau sekarang ni. Memang bagus pun kau nampak semua ni. Sekurang-kurangnya kau belum pergi jauh lagi. Kau bayangkan masa kau dah kahwin dengan dia, baru kau tahu yang dia jenis layan je mana-mana lelaki. Tak ke kau rasa kena tipu masa tu? Baguslah kau batalkan niat suci murni kau nak lamar dia tu. Bukan kau yang tak layak untuk dia tapi dia yang tak layak untuk kau. beza ya! Lagipun kau cakap nak habiskan study dulu. So? Studylah dulu. Buat apa sibuk nak kejar-kejar perempuan.” 
Terharu pula Firdaus mendengar nasihat kawannya itu. Ada banyak betulnya kata-kata Qaid Zabir itu. Dia kena  tajdid(perbaharui) niat semula ni. Niat dia nak study bukan bercinta. Niatnya suci fisabilillah(pada jalan Allah), jadi jangan dicemari dengan anasir-anisir jahat ni. Allah, baru dia sedar semua itu jadi kerana dia terlalu melayan perasaan. Dia yang memulakan segalanya. Sepatutnya dari awal dia tak perlu nak layan perasaannya sampai dia perlu berchating kerana nak berkenalan bagai.
“Dah lah. Buang masa je kau nak bersedih untuk makhluk macam tu. Baik kau bersedih kerana dosa yang kita dah buat. ” Pujuk Qaid Zabir lagi. 
“Ya benar! Tapi ada ke perempuan yang betul-betul muslimah nak kat aku nanti?” Firdaus membuat persoalan lagi.
Mereka sudah beriringan mahu keluar daripada rumah. Kasut dipakai oleh mereka.
“Mestilah ada.. tapi syaratnya kau kena soleh dululah. Allah telah berfirman dalam surah An-Nur yang bermaksud lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Ingat tak ustaz pernah cakap, apa yang kita buat sekarang, itu lah yang jodoh kita tengah buat. Kita buat baik, dia pun buat baik. Kita buat jahat dia buat jahat.. simple.” Qaid Zabir bersandar pada dinding sambil menunggu Firdaus mengikat tali kasut.
“Tapi kalau ada yang betul-betul solehah tu depan mata, terpaksalah kau cari lain. sebab yang tu kau kena bagi aku dulu. Kau kemudian pun tak apa. hehew :3”sambung Qaid Zabir dengan sengihannya. 
Firdaus mencebik. Qaid Zabir lelaki tampan yang menjadi rebutan juga. Tapi tak ada yang berjaya mengambil hatinya. Bak kata Qaid Zabir, dia nak perempuan yang tak kejar dia tapi dia yang kejar perempuan tu. Kejar bukan untuk dijadikan couple tapi nak jadikan Zaujah terus. Pelik apa entah dia ni. 
Mereka turun dari tangga bersama.
“Thanks bro bagi semangat kat aku. Now,  let it go.” Ucap Firdaus Ikhlas.
“Most welcome. Nanti jangan lupa belanja aku tomyam. Hehe” Jawab Qaid Zabir dengan senyuman meleret.
“Amboi.. cuba ikhlas sikit. Tengoklah kalau bajet tak lari.” Firdaus tahu yang Qaid Zabir hanya bergurau.
“yeay…” Riang Qaid Zabir bersorak.
“apa yang kita tengah buat itulah yg bakal zaujah kita tengah buat, jadi dia tengah beriadah lah ye?” keluar satu soalan daripada mulut Firdaus.
“Manalah aku tahu, aduhai dia ni. soal pasal benda yang ghaib.” Qaid Zabir menggeleng. 
“gurau je. Hehe. Siapa….. lambat sampai gelanggang, dia belanja ABC pula!” Jerit Firdaus secara tiba-tiba sambil belari mendahului Qaid Zabir..
“Mana aci weh.” Jerit Qaid Zabir dari belakang Firdaus.
“Aci kat India.” Jerit Firdaus pula sambil ketawa.
Kini Firdaus merasakan semangatnya kembali semula. Ya, di perlu mendahulukan cintanya kepada Ilahi sebelum mencintai ajnabi. Dia mahu mengubati semula hatinya kerana dia mahu menjadi hamba yang soleh . Dia tetapkan dalam dirinya seandainya dia hampir jatuh hati kepada mana mana perempuan dia akan berkata pada dirinya ' hatimu milik-Nya.' 

3 comments:

  1. *papp.tegolek jatuh tangga .

    Solehah itu bukn mudah.Kena lalui ujian dan mehnah.Sado tabah gagah melangkah.
    Smuga 'Pelangi Ilahi' menyergahh.

    Istiqamahh!

    ReplyDelete
  2. nice entry! do welcome to my blog farah-elyna.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. " Laki yg pura pura soleh utk puang yg pura pura solehah "

    ReplyDelete